Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

16 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 1.2 Peranan dan Tanggungjawab Keselamatan Maklumat Objektif Mewujudkan struktur, peranan dan tanggungjawab dalam pengurusan keselamatan maklumat di JPA. 1.2.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tanggungjawab Peranan dan tanggungjawab KPPA adalah seperti yang berikut: a) memastikan semua keperluan jabatan seperti sumber kewangan, sumber kakitangan dan perlindungan keselamatan adalah mencukupi; dan b) mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) 1.2.2 Ketua Pegawai Maklumat (CDO) Tanggungjawab Jawatan Ketua Pegawai Digital (CDO) adalah disandang oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). Peranan dan tanggungjawab CDO adalah seperti yang berikut: a) bertanggungjawab ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan ICT JPA; b) bertanggungjawab menyelaras dan mengurus pelan tindakan dan program keselamatan seperti penyediaan PKS JPA, pelan latihan dan kesedaran pengguna, pengurusan risiko dan pengauditan; dan c) menentukan keperluan keselamatan ICT. CDO

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy