15 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 1.1 Polisi untuk Keselamatan Maklumat Objektif Memastikan polisi keselamatan maklumat bersesuaian, berterusan dan seiring dengan hala tuju pengurusan dalam menyokong keselamatan maklumat selari dengan fungsi JPA, undang-undang dan keperluan kontrak perjanjian. 1.1.1 Pelaksanaan Polisi Tanggungjawab Polisi Keselamatan Siber (PKS) JPA ini akan dikuat kuasakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), dan dibantu oleh Jawatankuasa Pemandu ICT JPA (JPICT) yang terdiri daripada Ketua Pegawai Digital (CDO), Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) dan semua Pengarah Bahagian. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) penurunan kuasa kepada TKPPA(O) 1.1.2 Penyebaran Polisi Tanggungjawab Polisi ini hendaklah dipaparkan kepada umum dan disebarkan kepada semua Warga JPA dan Pihak Ketiga. Sebarang perubahan yang telah dipersetujui oleh JPICT, hendaklah dimaklumkan kepada semua pengguna JPA. ICTSO 1.1.3 Penyelenggaraan Polisi Tanggungjawab PKS JPA adalah tertakluk kepada semakan dan pindaan dari semasa ke semasa selaras dengan perubahan teknologi, aplikasi, prosedur, perundangan dan kepentingan sosial. Berikut adalah prosedur yang berhubung dengan penyelenggaraan PKS JPA: a) mengenal pasti dan menentukan perubahan yang diperlukan; b) mengemukakan cadangan untuk pertimbangan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan ICT (JKICT); c) memaklumkan cadangan pindaan untuk perakuan oleh JKICT dan kelulusan JPICT; d) memaklumkan pindaan yang telah diluluskan oleh JPICT kepada semua pengguna; dan e) menyemak semula dokumen sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut keperluan bagi memastikan dokumen sentiasa relevan. ICTSO JKICT 1.1.4 Pematuhan Polisi Tanggungjawab PKS JPA mestilah dipatuhi oleh semua pengguna Pengguna
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy