Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.0

Versi: 1.0 Muka Surat: 120 dari 123 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 18 Dis 2020 PERAKUAN UNTUK DITANDATANGANI OLEH KONTRAKTOR YANG TERLIBAT DENGAN PROJEK KERAJAAN MENURUT AKTA RAHSIA RASMI 1972 Adalah saya dengan ini mengaku bahawa perhatian saya telah ditarik kepada peruntukan- peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan bahawa saya faham dengan sepenuhnya akan segala yang dimaksudkan dalam Akta itu. Khususnya saya faham bahawa menyampaikan, menggunakan atau menyimpan dengan salah, sesuatu benda rahsia, tidak menjaga dengan cara yang berpatutan sesuatu rahsia atau apa- apa tingkah laku yang membahayakan keselamatan atau rahsia sesuatu benda rahsia adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta tersebut, yang boleh dihukum maksimum penjara seumur hidup. Saya faham bahawa segala maklumat rasmi yang saya peroleh dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau perkhidmatan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia, adalah milik Kerajaan dan tidak akan membocorkan, menyiarkan, atau menyampaikan, sama ada secara lisan atau dengan bertulis, kepada sesiapa jua dalam apa-apa bentuk, kecuali pada masa menjalankan kewajipan-kewajipan rasmi saya, sama ada dalam masa atau selepas perkhidmatan saya dengan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong atau dengan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia dengan tidak terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis pihak berkuasa yang berkenaan. Saya berjanji dan mengaku akan menandatangani suatu akuan selanjutnya bagi maksud ini apabila tamat projek Kerajaan . Tandatangan :…………………………………………………………………. Nama dengan Huruf Besar :………………………………………………….. No Kad Pengenalan :…………………………………………………………. Jawatan :……………………………………………………………………... Jabatan :………………………………………………………………………. Tarikh :……………………………………………………………………......

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy