Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

129 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 BIL. ISTILAH PENERANGAN 67. Pihak Ketiga Pembekal, syarikat atau kumpulan syarikat yang dilantik untuk memperbaharui, membekal, menghantar, memasang, mentauliahkan, membangunkan, menguji, dan menyelenggarakan perkakasan atau perisian di JPA. 68. PKI Public-Key Infrastructure Infrastruktur Kunci Awam 69. PKP Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan 70. PPB Pasukan Pemulihan Bencana 71. PSM Pengurusan Sumber Manusia 72. Pusat Data JPA Pusat Data JPA merangkumi dua (2) pengurusan pusat data utama iaitu Pusat Data JPA (BDTM) dan Pusat Data INTAN. 73. PPL Public Key Infrastructure Infrastuktur Kunci Awam 74. Rahsia Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing. 75. Rahsia Besar Dokumen, maklumat dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia. 76. Rahsia Rasmi Apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta 88 dan apa-apa maklumat dan bahan berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa dokumen rasmi yang boleh dikelaskan sebagai Rahsia Besar/Rahsia/Sulit/Terhad. 77. Redundancy Kemudahan pemprosesan maklumat yang direka untuk mempunyai saluran atau sumber tambahan untuk menjamin kelangsungan operasi dan mengurangkan risiko kehilangan data atau kecuaian dalam pemprosesan maklumat. 78. Restoration Pemulihan ke atas data. 79. Router Penghala yang digunakan untuk menghantar data antara dua rangkaian yang mempunyai kedudukan rangkaian yang berlainan. Contohnya, pencapaian Internet.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy