128 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 BIL. ISTILAH PENERANGAN 5. Pentadbir Sistem Aplikasi; 6. Pentadbir E-mel; 7. Pentadbir Media Sosial JPA; dan 8. Pegawai Aset ICT. 59. PTB Pegawai Tadbir Bahagian 60. Penyelaras ICT Bahagian Pegawai Penyelaras ICT merupakan pegawai yang mahir dan berkelayakan mengenai bidang ICT dan dilantik oleh Pengarah Bahagian. Peranan dan tanggungjawab: 1. Perolehan Aset; 2. Penerimaan Aset; 3. Pendaftaran Aset; 4. Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan; 5. Penyelenggaraan; 6. Pelupusan; dan 7. Penyelenggaraan Sistem Aplikasi Teras. 61. Peralatan Sokongan ICT Peralatan yang menyokong penggunaan peralatan ICT bagi memastikan kelancaran ICT contohnya projektor, layar, kabel, speaker dan mikrofon. 62. Perisian Program atau atur cara komputer yang dapat digunakan dengan sistem komputer tertentu. 63. Perisian Aplikasi Ia merujuk pada perisian atau pakej yang selalu digunakan seperti spreadsheet dan word processing ataupun sistem aplikasi yang dibangunkan oleh sesebuah organisasi atau jabatan. 64. Perisian hasad Perisian hasad (malware atau malius software) merujuk kepada pelbagai jenis perisian berniat jahat yang direka untuk mengganggu, merosakkan, atau mendapatkan akses tidak sah kepada sistem komputer dan data. 65. Pihak Luaran Pihak Luaran terdiri daripada pembekal, perunding dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam penggunaan atau capaian kepada aset dan perkhidmatan ICT Jabatan atau pelawat yang mengunjungi JPA atas urusan rasmi. 66. Pihak Berkepentingan Pihak berkepentingan terdiri daripada pembekal, perunding, pemegang taruh, pelawat dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam pengurusan, penggunaan atau capaian kepada aset dan perkhidmatan ICT Jabatan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy