127 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 BIL. ISTILAH PENERANGAN 48. Pegawai Rekod Jabatan Memastikan pelabelan maklumat dilaksanakan bagi memudahkan pengurusan penyimpanan maklumat. 49. Pembangun Sistem Individu atau kumpulan teknikal atau Pihak Luaran yang bertanggungjawab dalam membangunkan sistem aplikasi berdasarkan spesifikasi keperluan sistem yang ditetapkan oleh pemohon/ pemilik proses. 50. Pembekal Pembekal barangan atau penyedia perkhidmatan. 51. Pemilik Pegawai yang didaftarkan sebagai pemilik aset dan dipertanggungjawabkan ke atas aset tersebut. 52. Pemilik Projek Individu yang bertanggungjawab terhadap hampir keseluruhan proses kerja projek tersebut. Pemilik projek memainkan peranan utama menentukan keperluan, spesifikasi dan ciri-ciri serahan (produk atau perkhidmatan) yang akan dihasilkan oleh projek tersebut. 53. Pemilik Proses Individu yang bertanggungjawab untuk menentukan keperluan bisnes dan mengesahkan sebarang perubahan yang diperlukan berkaitan dengan bisnes proses. 54. Pengguna Pengguna terdiri daripada warga JPA dan Pihak Luaran yang terlibat dalam penggunaan atau capaian kepada aset dan perkhidmatan ICT JPA. 55. Pengurus ICT Pegawai yang mengetuai organisasi ICT di Jabatan/ Bahagian/ Unit berkaitan ICT. 56. Pengurus Projek Individu yang bertanggungjawab untuk merancang dan menguruskan projek dengan baik supaya projek dapat disiapkan mengikut kos, tempoh masa dan kualiti yang telah ditetapkan. 57. Pentadbir Bangunan Individu atau entiti yang bertanggungjawab mengurus, menyelenggara, dan mengawasi operasi harian di bangunan JPA. 58. Pentadbir ICT JPA Individu atau kumpulan teknikal yang bertanggungjawab mentadbir, mengurus dan menyenggara merangkumi fungsi dan peranan seperti berikut: 1. Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan; 2. Pentadbir Pangkalan Data; 3. Pentadbir Portal (Web Master); 4. Pentadbir Pusat Data;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy