Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

126 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 BIL. ISTILAH PENERANGAN 33. Internet Sistem rangkaian seluruh dunia, di mana pengguna pada mana-mana komputer boleh membuat capaian maklumat daripada pelayan (server) atau komputer lain. 34. Intranet Rangkaian dalaman yang dimiliki oleh sesebuah organisasi atau jabatan dan hanya boleh dicapai oleh kakitangan dan mereka yang diberi kebenaran sahaja. 35. IPR Intellectual Property Rights 36. ISMS Information Security Management System 37. JPICT Jawatankuasa Pemandu ICT JPA 38. JTICT Jawatankuasa Teknikal ICT 39. Klon Merujuk kepada salinan yang tepat dan lengkap dari sistem, perisian, atau peranti, termasuk semua data dan konfigurasi yang ada. Klon biasanya digunakan untuk membuat usaha pemulihan yang lebih mendalam atau untuk membina persekitaran kerja yang identik. 40. Kriptografi Kaedah untuk menukar data dan maklumat biasa (piawaian format) kepada format yang tidak boleh difahami bagi melindungi penghantaran data dan maklumat. 41. LAN Local Area Network Rangkaian Kawasan Setempat yang menghubungkan komputer. 42. Log out Keluar daripada sesuatu sistem atau aplikasi komputer. 43. Malicious code Merujuk kepada sebarang kod, skrip, atau perintah yang direka untuk melakukan tindakan berbahaya, yang mungkin termasuk malware. 44. NACSA National Cyber Security Agency Agensi Keselamatan Siber Negara 45. Outsource Maklumat yang diproses dan diperoleh di luar daripada sesuatu organisasi atau struktur kerja. 46. Pegawai Pengelas Bertanggungjawab menguruskan dokumen rahsia rasmi Kerajaan dari segi pendaftaran, pengelasan, pengelasan semula dan pelupusan serta mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa. 47. Pegawai Keselamatan Memastikan keselamatan perlindungan di jabatan terjamin sepanjang masa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy