124 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 BIL. ISTILAH PENERANGAN 10. Brute Force Teknik yang digunakan oleh pencuri atau penggodam untuk meneka kata laluan atau kunci kriptografi dengan mencuba semua kemungkinan kombinasi secara sistematik hingga berjaya. 11. BYOD Bring Your Own Device 12. Capaian Jarak jauh Capaian jarak jauh yang dimaksudkan merangkumi: i. capaian kepada sistem rangkaian dalaman; dan ii. capaian daripada sistem rangkaian luaran bagi lokasi luar pejabat untuk tujuan teleworking; atau iii. capaian Jarak Jauh merujuk kepada kemampuan untuk mengakses sistem komputer, rangkaian, atau sumber maklumat dari lokasi yang jauh atau bukan lokasi fizikal yang sama dengan sistem tersebut. Ini membolehkan pengguna untuk bekerja, mendapatkan maklumat, dan menjalankan tugas secara efektif tanpa perlu berada di lokasi yang sama dengan sumber yang ingin diakses. 13. CCTV Closed-circuit television Sistem TV yang digunakan secara komersil di mana satu sistem TV kamera video dipasang dalam premis pejabat bagi tujuan membantu pemantauan fizikal. 14. CDO Chief Digital Officer Ketua Pegawai Digital yang bertanggungjawab terhadap ICT dan sistem maklumat bagi menyokong arah tuju sesebuah organisasi. 15. Clear Desk dan Clear Screen Tidak meninggalkan dokumen data dan maklumat terperingkat dalam keadaan terdedah di atas meja atau di paparan skrin komputer apabila pengguna tidak berada di tempatnya. 16. CSIRT JPA Cyber Security Incident Response Team Organisasi yang ditubuhkan untuk membantu agensi mengurus pengendalian insiden keselamatan siber di agensi masing-masing dan agensi di bawah kawalannya. 17. Penyembunyian Data Penyembunyian Data (Data masking) merujuk kepada proses pengubahan data asli ke dalam bentuk yang tidak dapat dikenali atau tidak sensitif, sambil masih mengekalkan struktur dan format data tersebut. Tujuan utama data masking adalah untuk melindungi maklumat peribadi dan sensitif daripada akses tidak
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy