123 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 GLOSARI BIL. ISTILAH PENERANGAN 1. Active Directory (AD) Teknologi Microsoft yang digunakan untuk mengurus komputer dan peralatan lain dalam rangkaian. 2. Anomali Keadaan atau sesuatu yang tidak biasa, luar biasa, atau menyimpang dari norma atau corak yang dijangkakan. Dalam konteks teknikal dan keselamatan maklumat, anomali sering digunakan untuk merujuk kepada tingkah laku atau kejadian yang berbeza daripada kebiasaan, yang mungkin menunjukkan terdapatnya masalah, kecacatan, atau ancaman 3. Antivirus Perisian yang mengimbas virus pada media storan, seperti cakera keras (hard disk) dan disket (diskette) untuk sebarang kemungkinan adanya virus. 4. Aplikasi Perisian komputer atau program yang khusus digunakan untuk peranti mudah alih. 5. Aset Alih Aset atau peralatan yang boleh dipindahkan atau dialihkan dari satu tempat ke tempat lain secara mudah termasuk Aset Alih yang dibekalkan bersekali dengan penyediaan bangunan atau infrastruktur lain. 6. Aset ICT Sesuatu yang bernilai yang boleh menyebabkan kerugian sekiranya berlaku kehilangan, kerosakan atau perubahan. Dalam konteks keselamatan maklumat, aset boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan antaranya proses kerja, data / maklumat, perisian, perkakasan, perkhidmatan, sumber manusia dan tapak / premis. (Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2024) Data, maklumat, perkakasan, perisian, aplikasi, dokumentasi dan sumber manusia serta premis berkaitan dengan ICT yang di bawah tanggungjawab JPA. 7. Backup Proses penduaan sesuatu dokumen atau maklumat. 8. Bandwidth Jalur lebar Ukuran atau jumlah data yang boleh dipindahkan melalui kawalan komunikasi (contoh: di antara cakera keras dan PC utama) dalam jangka masa yang ditetapkan. 9. Bilik khas Bilik yang selamat dan terkawal.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy