Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

12 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 6. Pematuhan PKS JPA hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan sebarang bentuk pelanggaran ke atasnya yang boleh membawa ancaman kepada keselamatan ICT. 7. Pemulihan Pemulihan sistem amat perlu untuk memastikan ketersediaan dan kebolehcapaian bagi meminimumkan sebarang gangguan atau kerugian akibat daripada ketidaksediaan. Pemulihan boleh dilakukan melalui proses penduaan (backup) dan mewujudkan Disaster Recovery Plan (DRP) di bawah Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP). 8. Saling Bergantung Setiap prinsip adalah saling lengkap-melengkapi dan bergantung antara satu sama lain. Dengan itu tindakan mempelbagaikan pendekatan dalam menyusun dan mencorakkan sebanyak mungkin mekanisme keselamatan, dapat menjamin keselamatan yang maksimum.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy