Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 2.0

106 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 e) menggunakan peralatan Web Content Filtering bagi mengawal akses ke laman web yang tidak dibenarkan. 4.22 Pengasingan Rangkaian Objektif Memastikan pengasingan kawalan sempadan ke atas perkhidmatan rangkaian yang disediakan untuk meminimumkan risiko ancaman atau pengubahsuaian yang tidak dibenarkan. 4.22.1 Panduan Pengasingan Rangkaian Tanggungjawab Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a) menyediakan segmen yang hanya untuk kegunaan warga JPA; b) menetapkan segmen yang berbeza bagi pengguna biasa, pentadbir, pelayan, sistem aplikasi dan pihak ketiga; c) mengasingkan akses rangkaian mengikut tahap kritikal dan sensitiviti atau lain-lain keperluan; d) memastikan penggunaan peralatan keselamatan seperti firewall atau router bagi mengawal segmen rangkaian; e) melaksanakan polisi kawalan akses melalui gateway berdasarkan keperluan dan klasifikasi maklumat; f) mengasingkan rangkaian tanpa wayar dengan rangkaian dalaman kecuali dengan menggunakan kawalan keselamatan seperti firewall; g) mengasingkan akses rangkaian tanpa wayar untuk pelawat dan warga JPA; h) mengawal akses kepada peralatan rangkaian bagi pengguna yang dibenarkan sahaja; dan i) mengemas kini hak akses pengguna dan pentadbir sekiranya berlaku perubahan tanggungjawab. ICTSO Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy