103 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 4.19 Instalasi Perisian Objektif Memastikan penggunaan perisian yang dibenarkan pada peralatan ICT. Pemasangan Perisian Pada Sistem Pengoperasian Tanggungjawab Perkara berikut perlu dipatuhi bagi sebarang pemasangan atau perubahan perisian: a) pengemaskinian versi sistem pengoperasian hanya boleh dilakukan oleh Pentadbir ICT JPA; b) memastikan hanya “executable code” yang diluluskan digunakan dalam sistem operasi; c) memasang dan mengemas kini perisian yang telah diuji keberkesanan sahaja; d) memastikan semua sumber libraries program yang terkini; e) menggunakan sistem pengurusan konfigurasi untuk mengawal konfigurasi dan dokumentasi sistem; f) menetapkan strategi pembentukan semula (rollback) sebelum perubahan dilaksanakan; g) memastikan log audit direkodkan bagi semua pengemaskinian; h) memastikan versi lama perisian diarkibkan dan direkodkan untuk kegunaan memproses data sekiranya diperlukan; i) hanya perisian yang dibenarkan bagi kegunaan di JPA; j) memasang dan menggunakan hanya perisian yang tulen, berdaftar dan dilindungi di bawah mana-mana undangundang bertulis yang berkuat kuasa; dan k) mengimbas semua perisian atau sistem dengan antivirus sebelum menggunakannya. i. ICTSO ii. Pengurus ICT Pentadbir ICT JPA Pentadbir Sistem Aplikasi Pentadbir Aset ICT Pentadbir Pusat Data Pentadbir Pangkalan Data Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan 4.20 Keselamatan Rangkaian Objektif Memastikan pengurusan keselamatan perkhidmatan rangkaian dilaksanakan bagi melindungi maklumat dan kemudahan ICT daripada ancaman. Keselamatan Peranti Rangkaian Tanggungjawab Kawalan keselamatan ke atas rangkaian perlu dilaksanakan bagi melindungi daripada akses yang tidak dibenarkan. i. ICTSO
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy