102 Polisi Keselamatan Siber – Jabatan Perkhidmatan Awam | Versi 2.0 4.17 Penyelarasan Jam Objektif Memastikan semua aktiviti keselamatan serta data lain yang direkodkan selari dengan Waktu Piawai Malaysia (Malaysia Standard Time, MST). Penyelarasan Waktu Tanggungjawab Perkara yang boleh dilaksanakan dalam penyelarasan waktu adalah seperti berikut: a) memastikan waktu bagi sistem pemprosesan maklumat atau peralatan hendaklah diselaraskan dengan Waktu Piawai Malaysia (MST); dan b) penyelarasan waktu bagi perkhidmatan awan hendaklah mengikut Penyedia Perkhidmatan Awan (Cloud Service Provider) dan perbezaannya perlu dipantau dan direkodkan untuk mengurangkan risiko percanggahan. ICTSO Pentadbir ICT JPA Penyelaras ICT Bahagian i. 4.18 Penggunaan Program Utiliti Khas Objektif Memastikan penggunaan program utiliti tidak menjejaskan kawalan keselamatan maklumat bagi sistem aplikasi. Penggunaan Program Utiliti Khas Tanggungjawab Panduan seperti di bawah perlu dipatuhi: a) mengehadkan dan mengawal bilangan pengguna yang dibenarkan untuk menggunakan program utiliti; b) memastikan penggunaan ID yang unik untuk pengesahan dan kebenaran akses; c) mengenal pasti dan mendokumentasikan program utiliti yang diberikan kebenaran; d) membenarkan penggunaan program utiliti pada waktu luar jangka (ad-hoc); e) menghapuskan dan menutup program utiliti yang tidak berkaitan; f) mengehadkan ketersediaan program utiliti; g) menyimpan log program utiliti; dan h) penggunaan program utiliti yang membebankan kapasiti (bandwidth) rangkaian perlu dihadkan. ICTSO Pentadbir ICT JPA Pentadbir Pusat Data Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan Pentadbir Pangkalan Data Pentadbir Aset ICT
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy