Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 76 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 b. serangan kod perosak (malicious code), halangan pemberian perkhidmatan (denial of service), spam, pemalsuan (forgery), pencerobohan (intrusion) ancaman (threats) dan kehilangan fizikal (physical loss); c. pengubahsuaian ciri-ciri peralatan, perisian atau mana-mana komponen sesebuah sistem tanpa pengetahuan, arahan atau persetujuan mana-mana pihak; d. aktiviti melayari, menyimpan atau mengedar bahan-bahan lucah, berunsur fitnah dan propaganda antikerajaan; e. aktiviti pewujudan perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak dibenarkan; f. aktiviti instalasi dan penggunaan perisian yang membebankan bandwidth rangkaian; g. aktiviti penyalahgunaan akaun e-mel; dan h. aktiviti penukaran IP address selain daripada yang telah diperuntukkan tanpa kebenaran Pentadbir Rangkaian. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti yang berikut: a. CSIRTJPA akan menentukan prosedur pengumpulan bahan bukti yang berkenaan bagi memastikan kesahihan ke atas sesuatu laporan yang akan disediakan; b. proses forensik dan pengauditan aset ICT mestilah dilakukan di tempat yang selamat; c. sekiranya hasil siasatan mensabitkan kesalahan kepada tertuduh, format laporan khas perlu disediakan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy