Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 75 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 K08/07 Pemantauan K08/07/01 Pemantauan Bertujuan untuk memastikan pengesanan aktiviti pemprosesan maklumat yang tidak dibenarkan, di antaranya seperti yang berikut: a. log audit yang merekodkan semua aktiviti perlu dihasilkan dan disimpan untuk tempoh masa yang dipersetujui bagi membantu siasatan serta memantau kawalan capaian; b. prosedur untuk memantau penggunaan kemudahan memproses maklumat perlu diwujudkan dan hasilnya perlu dipantau secara berkala; c. kemudahan merekod dan maklumat log perlu dilindungi daripada diubah suai dan sebarang capaian yang tidak dibenarkan; d. kesalahan, kesilapan atau penyalahgunaan perlu dilog, dianalisis dan diambil tindakan sewajarnya; dan e. masa yang berkaitan dengan sistem pemprosesan maklumat dalam JPA perlu diselaraskan dengan sumber masa yang dipersetujui. Pentadbir Sistem K08/07/02 Pengauditan dan Forensik ICT CSIRTJPA mestilah bertanggungjawab merekod dan menganalisis: a. sebarang percubaan pencerobohan kepada sistem ICT JPA; CSIRTJPA, ICTSO, Pentadbir Sistem,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy