Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 73 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 setiap kali konfigurasi berubah. Backup juga hendaklah direkodkan dan disimpan di off-site, iaitu: a. membuat salinan keselamatan ke atas semua sistem perisian dan aplikasi sekurang-kurangnya sekali atau setelah mendapat versi terkini; b. membuat backup ke atas semua data dan maklumat mengikut keperluan operasi; c. menguji sistem backup sedia ada bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan sempurna, boleh dipercayai dan berkesan apabila digunakan khususnya pada waktu kecemasan; dan d. backup dilaksanakan secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Kekerapan backup bergantung pada tahap kritikal maklumat dan hendaklah disimpan sekurang-kurangnya tiga (3) generasi. K08/05 Pengurusan Media K08/05/01 Media Storan Mudah Alih Penghantaran atau pemindahan media storan mudah alih yang mengandungi maklumat terperingkat ke luar pejabat hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengurus ICT terlebih dahulu. Pengguna K08/05/02 Prosedur Pengendalian Media Di antara prosedur-prosedur pengendalian media termasuk: a. melabelkan semua media mengikut tahap sensitiviti sesuatu maklumat; Pentadbir Sistem, Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy