Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 69 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 KAWALAN 08: KESELAMATAN OPERASI Objektif Memastikan pengurusan operasi dan kemudahan pemprosesan maklumat berfungsi dengan betul dan selamat daripada sebarang ancaman dan gangguan. K08/01 Prosedur Operasi K08/01/01 Pengendalian Dokumen Prosedur Operasi Perkara-perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: a. semua prosedur operasi ICT yang diwujudkan, dikenal pasti dan masih diguna pakai hendaklah didokumenkan, disimpan dan dikawal; b. setiap prosedur mestilah mengandungi arahan-arahan yang jelas, teratur dan lengkap; dan c. semua prosedur hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa atau mengikut keperluan. Pentadbir Sistem K08/01/02 Pengurusan Perubahan Perkara-perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: a. pengubahsuaian melibatkan peralatan, sistem pemprosesan maklumat, perisian dan prosedur mestilah mendapat kebenaran Pengurus ICT, pegawai atasan atau pemilik aset ICT terlebih dahulu; b. aktiviti seperti memasang, menyelenggara, menghapus dan mengemas kini mana-mana komponen sistem ICT Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy