Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 4 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 5. Ketersediaan – data dan maklumat hendaklah boleh diakses pada bila-bila masa. Selain itu, analisis tahap risiko aset ICT dikenal pasti, seterusnya mengambil tindakan untuk merancang dan mengawal risiko berkenaan. SKOP Sistem ICT JPA terdiri daripada organisasi, manusia, perisian, peralatan, telekomunikasi, kemudahan ICT, data dan maklumat. JPA telah menetapkan keperluan-keperluan asas keselamatan seperti yang berikut: 1. Data dan maklumat termasuk hardcopy dan softcopy hendaklah boleh diakses secara berterusan dengan cepat, tepat, mudah dan dengan cara yang boleh dipercayai. Ini adalah amat perlu bagi membolehkan keputusan dan penyampaian perkhidmatan dilakukan dengan berkesan dan berkualiti. 2. Semua data dan maklumat hendaklah dijaga kerahsiaannya dan dikendalikan sebaik mungkin pada setiap masa bagi memastikan kesempurnaan dan melindungi kepentingan JPA. PKS JPA merangkumi perlindungan ke atas semua bentuk maklumat ICT kerajaan yang dimasukkan, diwujud, dimusnah, disimpan, dijana, dicetak, diakses, diedar dan yang dibuat salinan. Ini akan dilakukan melalui penubuhan dan penguatkuasaan sistem kawalan dan prosedur dalam pengendalian semua perkara-perkara berikut: 1. Data dan Maklumat Semua data dan maklumat elektronik dan bercetak yang disimpan atau digunakan di pelbagai media termasuk prosedur, manual pengguna, sistem dokumentasi, rekod, pangkalan data dan lain-lain; 2. Peralatan ICT Semua peralatan komputer seperti komputer peribadi, komputer riba, pencetak, media storan, server, firewall, peralatan multimedia & komunikasi dan alat sokongan yang lain;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy