Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 66 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 a. semua peralatan ICT hendaklah dilindungi dari kegagalan bekalan elektrik dan bekalan yang sesuai hendaklah disalurkan kepada peralatan ICT; b. peralatan sokongan seperti UPS dan penjana kuasa (power generator) boleh digunakan bagi perkhidmatan kritikal seperti di bilik server supaya mendapat bekalan kuasa berterusan; dan c. semua peralatan sokongan bekalan kuasa hendaklah diperiksa, diselenggara dan diuji secara berjadual oleh pihak penyelenggara bangunan. K07/03/04 Prosedur Kecemasan Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti yang berikut: a. setiap pengguna hendaklah membaca, memahami dan mematuhi prosedur kecemasan dengan merujuk kepada Garis Panduan Pelan Tindakan dan Kecemasan JPA; dan b. kecemasan persekitaran seperti kebakaran hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan Kebakaran yang dilantik mengikut aras. Pengguna, Pegawai Keselamatan Kebakaran K07/03/05 Mekanisma Pelaporan Insiden Bukan ICT Semua pengguna yang terlibat haruslah melaporkan dan merekodkan sebarang kejadian atau kerosakan peralatan bukan ICT kepada pihak pentadbiran bahagian. Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy