Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 63 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 c. data dan maklumat dalam aset ICT yang akan dipindah milik atau dilupuskan hendaklah dihapuskan secara kekal; d. pelupusan peralatan ICT boleh dilakukan secara berpusat atau tidak berpusat mengikut tatacara pelupusan semasa yang berkuat kuasa; e. sekiranya maklumat perlu disimpan, maka pengguna boleh membuat salinan sandar; f. maklumat lanjut berhubung pelupusan boleh dirujuk kepada pekeliling perbendaharaan semasa yang berkuat kuasa; dan g. pelupusan dokumen dan rekod hendaklah mengikut prosedur keselamatan seperti mana Arahan Keselamatan dan tatacara Jabatan Arkib Negara. K07/02/08 Penyelenggaraan Peralatan hendaklah diselenggarakan dengan betul bagi memastikan kerahsiaan, integriti dan ketersediaan. Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil termasuklah seperti yang berikut: a. mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar bagi semua peralatan yang di selenggara; b. memastikan peralatan hanya diselenggarakan oleh kakitangan atau pihak yang dibenarkan sahaja; Pentadbir Sistem, Pegawai Aset ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy