Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 40 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 b. memeriksa maklumat dan menentukan ia tepat dan lengkap dari semasa ke semasa; c. menentukan maklumat sedia untuk digunakan; d. menjaga kerahsiaan kata laluan; e. mematuhi polisi, garis panduan, piawaian, prosedur dan langkah keselamatan ICT yang ditetapkan; f. melaksanakan peraturan maklumat terperingkat terutama semasa pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran, penyampaian, pertukaran dan pemusnahan; g. menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT daripada diketahui umum; dan h. mewujudkan salinan pendua maklumat penting bagi mengurangkan risiko kehilangan dan kemusnahan. K04/05 Pengelasan dan Pengendalian Data Terbuka Data Terbuka ialah data yang bebas digunakan, dikongsi dan digunakan semula oleh orang awam, agensi Kerajaan dan organisasi swasta untuk pelbagai tujuan. Jabatan akan menyediakan set data terbuka berdasarkan bidang atau sektor atau kluster. Kategori set data ini tidak terhad dan boleh berubah mengikut fungsi teras dan keperluan semasa Jabatan. Data terbuka yang telah diperakukan oleh Jabatan akan dikemukakan ke JPM untuk kelulusan dan seterusnya diterbitkan BPPD – urus setia

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy