Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 39 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 d. diarahkan oleh Ketua Jabatan. Membatalkan atau menarik balik semua kebenaran pemilikan ke atas aset ICT mengikut peraturan yang ditetapkan. K04/03 Pengelasan Maklumat Maklumat hendaklah dikelaskan berasaskan nilai, keperluan perundangan, tahap sensitiviti dan tahap kritikal kepada JPA. Setiap maklumat yang dikelaskan mestilah mempunyai peringkat keselamatan dan dilabel sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam dokumen Arahan Keselamatan seperti yang berikut: a. Rahsia Rasmi; i. Rahsia Besar ii. Rahsia iii. Sulit iv. Terhad b. Dokumen Rasmi; dan c. Data terbuka. Pegawai Pengelas Dokumen rasmi dan data terbuka dirujuk kepada PKS MAMPU. K04/04 Pengendalian Maklumat Aktiviti pengendalian maklumat seperti mengumpul, memproses, menyimpan, menghantar, menyampai, menukar dan memusnahkan hendaklah mengambil kira langkah-langkah keselamatan berikut: a. menghalang pendedahan atau potensi ketirisan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan; Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy