Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 34 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 KAWALAN 03: KESELAMATAN SUMBER MANUSIA Objektif Memastikan semua pengguna yang berkepentingan memahami tanggungjawab dan peranan serta meningkatkan pengetahuan dalam keselamatan aset ICT. Semua pengguna hendaklah mematuhi terma dan syarat perkhidmatan serta peraturan semasa yang berkuat kuasa. K03/01 Sebelum Perkhidmatan Memastikan semua pengguna yang berkepentingan memahami tanggungjawab masing-masing ke atas keselamatan aset ICT bagi meminimumkan risiko seperti kesilapan, kecuaian, penipuan dan penyalahgunaan aset ICT. Perkara yang mesti dipatuhi termasuk yang berikut: a. menyatakan dengan lengkap dan jelas peranan dan tanggungjawab semua pengguna yang berkepentingan ke atas keselamatan aset ICT sebelum, semasa dan selepas perkhidmatan; dan b. menjalankan tapisan keselamatan, menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Surat Akuan Pematuhan PKS untuk semua pengguna yang berkepentingan. Pengguna, Pengurusan Sumber Manusia K03/02 Semasa Perkhidmatan Memastikan semua pengguna yang berkepentingan sedar akan ancaman keselamatan maklumat, peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk menyokong PKS JPA Pengguna, Pengurusan Sumber Manusia

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy