Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 32 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 d. memaklumkan pengurusan atasan berkenaan bencana, kemajuan pemulihan bencana dan masalah; e. mengaktifkan prosedur pemulihan bencana; f. mengkoordinasi operasi pemulihan; g. memantau operasi pemulihan dan memastikan jadual pemulihan dipatuhi; h. mendokumentasikan operasi pemulihan; dan i. mengkoordinasi simulasi pemulihan bencana. K02/02 Pihak Luaran K02/02/01 Keperluan Keselamatan Dalam Perkhidmatan ICT Pihak Luaran terdiri daripada pembekal, pakar runding dan pihak-pihak lain yang berkepentingan dalam penggunaan atau capaian kepada aset dan perkhidmatan ICT Jabatan atau pelawat yang mengunjungi JPA atas urusan rasmi. Perkara yang perlu dipatuhi: a. mengenal pasti risiko ke atas keselamatan maklumat dan memastikan pelaksanaan kawalan yang sesuai ke atas maklumat tersebut; b. memastikan semua syarat keselamatan dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian dengan pihak ketiga; c. akses kepada aset ICT JPA perlu berlandaskan perjanjian dan peraturan yang telah ditetapkan. Perjanjian yang dimeterai perlu mematuhi perkara-perkara berikut: i. PKS JPA; ii. Tapisan Keselamatan; iii. Arahan Teknologi Maklumat 2007 (IT Instructions); Pengurus ICT, Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy