Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 19 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 Pentadbir Pangkalan Data Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Pangkalan Data adalah seperti yang berikut: a. melaksanakan instalasi dan penambahbaikan pangkalan data serta perisian lain yang berkaitan dengan pangkalan data; b. memastikan pangkalan data boleh digunakan pada setiap masa; c. melaksanakan pemantauan dan penyelenggaraan yang berterusan ke atas pangkalan data; d. melaksanakan data masking dalam menyediakan data latihan; e. memastikan aktiviti pentadbiran pangkalan data seperti prestasi capaian, penyelesaian masalah pangkalan data dan proses pengemaskinian data dilaksanakan dengan teratur; f. melaksanakan polisi pengguna pangkalan data berdasarkan kepada prinsipprinsip PKS; g. melaksanakan proses perkemasan data (housekeeping) di dalam pangkalan data; h. memantau proses backup dan restoration ke atas pangkalan data; dan i. melaporkan sebarang insiden pelanggaran dasar keselamatan pangkalan data kepada ICTSO. Pentadbir Pangkalan Data

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy