Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 18 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan Peranan dan tanggungjawab Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan adalah seperti yang berikut: a. memastikan rangkaian setempat (LAN) dan rangkaian luas (WAN) di JPA beroperasi sepanjang masa; b. memastikan semua peralatan dan perisian rangkaian diselenggarakan dengan sempurna; c. merancang peningkatan infrastruktur, ciri-ciri keselamatan dan prestasi rangkaian sedia ada; d. mengesan dan mengambil tindakan pembaikan segera ke atas rangkaian yang tidak stabil; e. melaksanakan penilaian tahap keselamatan sistem rangkaian dan sistem ICT; f. memastikan laluan trafik keluar dan masuk diuruskan secara berpusat dan tidak membenarkan sambungan ke rangkaian JPA secara tidak sah; g. menyediakan zon khas rangkaian untuk tujuan pengujian peralatan dan perisian rangkaian; h. memantau penggunaan rangkaian dan melaporkan kepada ICTSO sekiranya berlaku penyalahgunaan sumber rangkaian; dan i. memastikan maklumat perhubungan perlu dikemas kini dari semasa ke semasa. Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy