Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 110 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 BIL. ISTILAH PENERANGAN 79. Server Pelayan 80. Sistem Kumpulan dari elemen-elemen yang berinteraksi untuk mencapai suatu tujuan tertentu. 81. Sulit Dokumen, maklumat dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan negara tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan menguntungkan sesebuah kuasa asing. 82. Switch Alat yang boleh menapis (filter) dan memajukan (forward) isyarat paket data antara segmen rangkaian LAN. 83. Terhad Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi berkehendakkan juga diberi satu tahap perlindungan keselamatan. 84. Threat Gangguan dan ancaman melalui pelbagai cara iaitu e-mel dan surat yang bermotif personal dan atas sebab tertentu. 85. Uninterruptible Power Supply (UPS) Satu peralatan yang digunakan bagi membekalkan bekalan kuasa yang berterusan daripada sumber berlainan ketika ketiadaan bekalan kuasa ke peralatan yang bersambung. 86. Video conference Media yang menerima dan memaparkan maklumat multimedia kepada pengguna dalam masa yang sama ia diterima oleh penghantar. 87. Video streaming Teknologi komunikasi yang interaktif yang membenarkan dua atau lebih lokasi untuk berinteraksi melalui paparan video dua hala dan audio secara serentak. 88. Virus Atur cara yang bertujuan merosakkan data atau sistem aplikasi. 89. WAN Wide Area Network Rangkaian yang merangkumi kawasan yang luas. 90. Wireless LAN Jaringan komputer yang terhubung tanpa melalui kabel. 91. Worm Sejenis virus yang boleh beraplikasi dan membiak dengan sendiri. Ia biasanya menjangkiti sistem operasi yang lemah atau tidak dikemas kini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy