Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 108 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 BIL. ISTILAH PENERANGAN 58. Pemilik Proses Individu yang bertanggungjawab untuk menentukan keperluan bisnes dan mengesahkan sebarang perubahan yang diperlukan berkaitan dengan bisnes proses. 59. Pengguna Pengguna terdiri daripada warga JPA dan pihak luaran yang terlibat dalam penggunaan atau capaian kepada aset dan perkhidmatan ICT JPA. 60. Pengurus ICT Pegawai yang mengetuai organisasi ICT di Jabatan/ Bahagian/ Unit berkaitan ICT. 61. Pengurus Projek Individu yang bertanggungjawab untuk merancang dan menguruskan projek dengan baik supaya projek dapat disiapkan mengikut kos, tempoh masa dan kualiti yang telah ditetapkan. 62. Pentadbir Sistem Individu atau kumpulan teknikal yang bertanggungjawab mentadbir, mengurus dan menyenggara merangkumi fungsi dan peranan seperti berikut: 1. Pentadbir Rangkaian dan Keselamatan; 2. Pentadbir Pangkalan Data; 3. Pentadbir Portal (Web Master); 4. Pentadbir Pusat Data; 5. Pentadbir Sistem Aplikasi; 6. Pentadbir E-mel; 7. Pentadbir Media Sosial JPA; dan 8. Pegawai Aset ICT. 63. Penyelaras ICT Bahagian Pegawai Penyelaras ICT merupakan pegawai yang mahir dan berkelayakan mengenai bidang ICT dan dilantik oleh Pengarah Bahagian. Peranan dan tanggungjawab: 1. Perolehan Aset; 2. Penerimaan Aset; 3. Pendaftaran Aset; 4. Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan; 5. Penyelenggaraan; 6. Pelupusan; dan 7. Penyelenggaraan Sistem Aplikasi Teras.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy