Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 107 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 BIL. ISTILAH PENERANGAN 47. Malicious Code Merupakan perisian hasad atau jahat yang memasuki sistem komputer dan menyebabkan risiko keselamatan seperti kerosakan komputer, gangguan capaian Internet dan sebagainya tanpa disedari oleh pengguna. 48. MODEM MOdulator DEModulator Peranti yang boleh menukar strim bit digital ke isyarat analog dan sebaliknya. Ia biasanya disambung ke talian telefon bagi membolehkan capaian Internet dibuat dari komputer. 49. Mobile Code Mobile code merupakan perisian yang boleh dipindahkan antara sistem komputer dan rangkaian serta dilaksanakan tanpa perlu melalui sebarang proses pemasangan sebagai contoh Java Applet, ActiveX dan sebagainya pada pelayar Internet. 50. NACSA National Cyber Security Agency Agensi Keselamatan Siber Negara 51. Outsource Maklumat yang diproses dan diperoleh di luar daripada sesuatu organisasi atau struktur kerja. 52. Pegawai Pengelas Bertanggungjawab menguruskan dokumen rahsia rasmi Kerajaan daripada segi pendaftaran, pengelasan, pengelasan semula dan pelupusan serta mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa. 53. Pegawai Keselamatan Memastikan keselamatan perlindungan di jabatan terjamin sepanjang masa. 54. Pembangun Sistem Individu atau kumpulan teknikal atau pihak luaran yang bertanggungjawab dalam membangunkan sistem aplikasi berdasarkan spesifikasi keperluan sistem yang ditetapkan oleh pemohon/ pemilik proses. 55. Pembekal Pembekal barangan atau penyedia perkhidmatan. 56. Pemilik Pegawai yang didaftarkan sebagai pemilik aset dan dipertanggungjawabkan ke atas aset tersebut. 57. Pemilik Projek Individu yang bertanggungjawab terhadap hampir keseluruhan proses kerja projek tersebut. Pemilik projek memainkan peranan utama menentukan keperluan, spesifikasi dan ciri-ciri serahan (produk atau perkhidmatan) yang akan dihasilkan oleh projek tersebut.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy