Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 98 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 K13/01/01 Pelan Pemulihan Bencana Pelan Pemulihan Bencana (DRP) merujuk kepada dokumen pelan yang menetapkan sumber, tindakan, tanggungjawab dan data yang diperlukan untuk mengurus proses pemulihan selepas berlaku gangguan terhadap perkhidmatan kritikal JPA. Ini bertujuan memastikan tiada gangguan kepada proses-proses dalam penyediaan perkhidmatan organisasi. Pelan ini mestilah diluluskan oleh JPICT dan perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian: a. mengenal pasti semua tanggungjawab dan prosedur kecemasan dan pemulihan; b. melaksanakan prosedur-prosedur kecemasan bagi membolehkan pemulihan dapat dilakukan secepat mungkin atau dalam jangka masa yang telah ditetapkan; c. mendokumentasikan proses dan prosedur yang telah dipersetujui; d. mengenal pasti insiden yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap perkhidmatan kritikal yang memberi impak kepada keselamatan ICT; e. mengadakan program latihan kepada pengguna mengenai prosedur kecemasan; f. membuat backup; dan g. menguji dan mengemas kini pelan sekurang-kurangnya setahun sekali. Pasukan PKP, Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT), Pasukan Pemulihan Bencana (DRT) dan Pasukan Komunikasi Krisis (CCT)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy