Polisi Keselamatan Siber JPA versi 1.3

POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Versi: 1.3 Muka Surat: 88 dari 123 Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 7 Disember 2023 b. ujian penerimaan pengguna perlu dilaksanakan setelah perubahan platform selesai dilaksanakan. K10/03/04 Kawalan Terhadap Perubahan Kepada Perisian Mengawal perubahan dan/ atau pindaan ke atas perisian dan aplikasi bagi memastikan sebarang perubahan adalah terhad mengikut keperluan sahaja. Pentadbir Sistem K10/03/05 Prinsip Kejuruteraan Sistem Yang Selamat Prinsip kejuruteraan keselamatan sistem hendaklah dibangunkan, didokumenkan, dikaji dan diguna pakai ke atas semua pelaksanaan sistem maklumat. Pentadbir Sistem, Pembangun Sistem K10/03/06 Persekitaran Pembangunan Sistem Yang Selamat Persekitaran pembangunan sistem yang selamat perlu diwujudkan sepanjang kitar hayat pembangunan sistem. Pentadbir Sistem K10/03/07 Pembangunan Sistem Secara Luaran (Outsource) Pembangunan perisian aplikasi secara outsource hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut: a. setiap projek perlu dipantau oleh Pengurus ICT; b. kontrak perbekalan hendaklah memasukkan klausa kod sumber menjadi hak milik JPA; c. kod sumber yang diserahkan kepada JPA mesti bebas daripada sebarang ralat dan kerentanan; d. mengutamakan kepakaran teknologi tempatan; Pengurus ICT

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy