Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 84 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Prosedur hendaklah dilaksanakan untuk mengawal pemasangan perisian pada sistem operasi bagi menghalang capaian tidak sah dan tanpa kebenaran ke atas sistem pengoperasian. Langkah-langkah yang perlu dipatuhi setelah mendapat kelulusan pegawai yang diberi kuasa melulus adalah seperti yang berikut: a. strategi rollback perlu dilaksanakan sebelum sebarang perubahan ke atas konfigurasi, sistem dan perisian; b. aplikasi dan sistem operasi hanya boleh digunakan setelah ujian terperinci dilaksanakan dan diperaku berjaya; dan c. setiap konfigurasi ke atas sistem dan perisian perlu dikawal dan didokumentasikan dengan teratur. Pentadbir Sistem K08/07/07 Pengurusan Kerentanan Teknikal Maklumat tentang kerentanan teknikal sistem maklumat yang digunakan hendaklah diperoleh pada masa yang tepat, pendedahan organisasi terhadap kerentanan tersebut hendaklah dinilai dan langkah-langkah yang sesuai hendaklah diambil untuk menangani risiko yang berkaitan. Kawalan terhadap keterdedahan teknikal perlu dilaksanakan ke atas sistem aplikasi dan operasi yang digunakan bagi memastikan kawalan kerentanan teknikal adalah berkesan, sistematik dan berkala dengan mengambil langkah yang bersesuaian untuk menjamin Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy