Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 80 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 d. kesalahan, kesilapan atau penyalahgunaan perlu dilog, dianalisis dan diambil tindakan sewajarnya; dan e. masa yang berkaitan dengan sistem pemprosesan maklumat dalam JPA perlu diselaraskan dengan sumber masa yang dipersetujui. K08/07/02 Pengauditan dan Forensik ICT CSIRTJPA mestilah bertanggungjawab merekod dan menganalisis: a. sebarang percubaan pencerobohan kepada sistem ICT JPA; b. serangan kod perosak (malicious code), halangan pemberian perkhidmatan (denial of service), spam, pemalsuan (forgery), pencerobohan (intrusion) ancaman (threats) dan kehilangan fizikal (physical loss); c. pengubahsuaian ciri-ciri peralatan, perisian atau mana-mana komponen sesebuah sistem tanpa pengetahuan, arahan atau persetujuan mana-mana pihak; d. aktiviti melayari, menyimpan atau mengedar bahanbahan lucah, berunsur fitnah dan propaganda anti kerajaan; e. aktiviti pewujudan perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak dibenarkan; CSIRTJPA, ICTSO, Pentadbir Sistem,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy