Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 79 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 K08/06 Paparan Maklumat Umum Perkara-perkara yang perlu dipatuhi dalam memastikan keselamatan maklumat umum adalah seperti berikut: a. memastikan sistem yang boleh diakses oleh orang awam diuji terlebih dahulu; b. memastikan segala maklumat yang hendak dipaparkan telah disahkan dan diluluskan sebelum dimuat naik ke portal; dan c. memastikan perisian, data dan maklumat dilindungi dengan mekanisme yang bersesuaian. Pengguna K08/07 Pemantauan K08/07/01 Pemantauan Bertujuan untuk memastikan pengesanan aktiviti pemprosesan maklumat yang tidak dibenarkan, di antaranya seperti berikut: a. log audit yang merekodkan semua aktiviti perlu dihasilkan dan disimpan untuk tempoh masa yang dipersetujui bagi membantu siasatan dan memantau kawalan capaian; b. prosedur untuk memantau penggunaan kemudahan memproses maklumat perlu diwujudkan dan hasilnya perlu dipantau secara berkala; c. kemudahan merekod dan maklumat log perlu dilindungi daripada diubahsuai dan sebarang capaian yang tidak dibenarkan; Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy