Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 78 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 K08/05 Pengurusan Media K08/05/01 Media Storan Mudah Alih Penghantaran atau pemindahan media storan mudah alih yang mengandungi maklumat terperingkat ke luar pejabat hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengurus ICT terlebih dahulu. Pengguna K08/05/02 Prosedur Pengendalian Media Di antara prosedur-prosedur pengendalian media termasuk: a. melabelkan semua media mengikut tahap sensitiviti sesuatu maklumat; b. mengehadkan dan menentukan capaian media kepada pengguna yang dibenarkan sahaja; c. mengehadkan pengedaran data atau media untuk tujuan yang dibenarkan sahaja; d. mengawal dan merekodkan aktiviti penyelenggaraan media bagi mengelak dari sebarang kerosakan dan pendedahan yang tidak dibenarkan; dan e. media yang mengandungi maklumat terperingkat hendaklah dihapus atau dimusnahkan mengikut peraturan dan prosedur yang betul dan selamat. Pentadbir Sistem, Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy