Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 77 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 K08/03/02 Perlindungan dari Mobile Code Penggunaan mobile code yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan ICT adalah tidak dibenarkan. Pengguna K08/04 Housekeeping K08/04/01 Backup Bagi memastikan sistem dapat dibangunkan semula setelah berlakunya bencana/insiden, backup seperti yang dibutirkan hendaklah dilakukan setiap kali konfigurasi berubah. Backup hendaklah direkodkan dan disimpan di off site, di antaranya adalah: a. membuat salinan keselamatan ke atas semua sistem perisian dan aplikasi sekurang-kurangnya sekali atau setelah mendapat versi terbaharu; b. membuat backup ke atas semua data dan maklumat mengikut keperluan operasi; c. menguji sistem backup sedia ada dan bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan sempurna, boleh dipercayai dan berkesan apabila digunakan khususnya pada waktu kecemasan; dan d. backup dilaksanakan secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Kekerapan backup bergantung pada tahap kritikal maklumat dan hendaklah disimpan sekurang-kurangnya tiga (3) generasi. Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy