Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 76 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 a. memasang sistem keselamatan untuk mengesan perisian atau program berbahaya seperti antivirus, Intrusion Detection System (IDS) dan Intrusion Prevention System (IPS) mengikut prosedur penggunaan yang betul dan selamat; b. memasang dan menggunakan hanya perisian yang tulen; c. mengimbas semua perisian, sistem, media storan dan kepilan fail dengan antivirus yang telah disediakan oleh Jabatan sebelum menggunakannya; d. memastikan paten antivirus pada peralatan ICT dikemas kini dengan versi terkini; e. menyemak kandungan sistem atau maklumat secara berkala bagi mengesan aktiviti yang tidak diingini seperti kehilangan dan kerosakan maklumat; f. menghadiri program kesedaran mengenai ancaman perisian berbahaya dan cara mengendalikannya; g. memasukkan klausa tanggungan di dalam manamana kontrak yang telah ditawarkan kepada pembekal perisian. Klausa ini bertujuan untuk tuntutan baik pulih sekiranya perisian tersebut mengandungi program berbahaya; dan h. mengadakan program dan prosedur jaminan kualiti ke atas semua perisian yang dibangunkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy