Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 75 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 c. peralatan dan rangkaian yang digunakan bagi tugas membangun, mengemas kini, dan menguji aplikasi hendaklah diasingkan dari peralatan dan rangkaian yang digunakan di dalam persekitaran pembangunan dan pengujian; peringkat persediaan dan produksi. K08/02 Perancangan dan Penerimaan Sistem K08/02/01 Perancangan Kapasiti a. kapasiti sesuatu komponen atau sistem ICT hendaklah dirancang, diurus dan dikawal dengan teliti oleh pegawai yang berkenaan bagi memastikan keperluannya adalah mencukupi dan bersesuaian untuk pembangunan dan kegunaan sistem ICT pada masa akan datang; dan b. keperluan kapasiti ini juga perlu mengambil kira ciriciri keselamatan ICT bagi meminimumkan risiko seperti gangguan pada perkhidmatan dan kerugian akibat pengubahsuaian yang tidak dirancang. Pentadbir Sistem K08/02/02 Penerimaan Sistem Semua sistem baharu (termasuklah sistem yang dikemas kini atau diubahsuai) hendaklah memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum diterima atau dipersetujui. Pentadbir Sistem K08/03 Perlindungan dari Perisian Berbahaya K08/03/01 Perlindungan dari Perisian Berbahaya Perkara-perkara yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perlindungan aset ICT dari perisian berbahaya: Pentadbir Sistem, Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy