Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 73 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Kawalan 08: Keselamatan Operasi Objektif Memastikan pengurusan operasi dan kemudahan pemprosesan maklumat berfungsi dengan betul dan selamat daripada sebarang ancaman dan gangguan. K08/01 Prosedur Operasi K08/01/01 Pengendalian Dokumen Prosedur Operasi Perkara-perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: a. semua prosedur operasi ICT yang diwujudkan, dikenal pasti dan masih diguna pakai hendaklah didokumenkan, disimpan dan dikawal; b. setiap prosedur mestilah mengandungi arahanarahan yang jelas, teratur dan lengkap; dan c. semua prosedur hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa atau mengikut keperluan. Pentadbir Sistem K08/01/02 Pengurusan Perubahan Perkara-perkara yang perlu dipatuhi termasuk yang berikut: a. pengubahsuaian melibatkan peralatan, sistem pemprosesan maklumat, perisian dan prosedur mestilah mendapat kebenaran Pengurus ICT, pegawai atasan atau pemilik aset ICT terlebih dahulu; Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy