Versi: 1.2 Muka Surat: 71 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 b. Penyelenggaraan i. capaian melalui rangkaian luar JPA adalah tidak dibenarkan; dan ii. aktiviti penyelenggaraan adalah di bawah pengawasan pegawai JPA. c. Pemulangan i. maklumat yang tersimpan dalam storan perlu dihapuskan secara kekal (secured delete); dan ii. memastikan semua maklumat jabatan tidak tertinggal pada peralatan. K07/04 Keselamatan Sistem Dokumentasi Langkah-langkah seperti berikut perlu diambil dalam memastikan keselamatan sistem dokumentasi: a. memastikan sistem penyimpanan dokumentasi mempunyai ciri-ciri keselamatan; b. mengawal dan merekodkan semua aktiviti capaian dokumentasi sedia ada; c. setiap dokumen hendaklah difailkan dan dilabelkan mengikut klasifikasi keselamatan seperti Terbuka, Terhad, Sulit, Rahsia atau Rahsia Besar; d. pergerakan fail dan dokumen hendaklah direkodkan dan perlulah mengikut prosedur keselamatan; e. kehilangan dan kerosakan ke atas semua jenis dokumen perlu dimaklumkan mengikut prosedur Arahan Keselamatan; dan Pentadbir Sistem, Pentadbir Fail
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy