Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 2 dari 128 3 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 PENGENALAN Polisi Keselamatan Siber Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengandungi peraturan-peraturan yang mesti dibaca dan dipatuhi semasa menggunakan aset Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Polisi ini juga menerangkan kepada pengguna mengenai tanggungjawab dan peranan pengguna dalam melindungi aset ICT JPA. Polisi Keselamatan Siber (PKS) JPA disediakan berpandu kepada piawaian antarabangsa iaitu ISO/IEC 27001:2013. OBJEKTIF Objektif utama PKS adalah seperti berikut: 1. Memastikan kelancaran operasi jabatan yang berlandaskan ICT dengan mencegah serta meminimumkan risiko kerosakan atau kemusnahan aset ICT jabatan; 2. Melindungi kepentingan pihak-pihak yang bergantung kepada sistem maklumat daripada kesan kegagalan atau kelemahan daripada segi kerahsiaan, integriti, tidak boleh disangkal, ketersediaan dan kesahihan; 3. Meminimumkan kos penyelenggaraan ICT akibat ancaman dan penyalahgunaan aset ICT; dan 4. Meningkatkan tahap kesedaran keselamatan ICT kepada para kakitangan, pengguna dan pihak luaran.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy