Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 66 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 b. penyimpanan atau penempatan peralatan mestilah mengambil kira ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian. K07/02/07 Pelupusan Aset ICT yang hendak dilupuskan perlu mematuhi tatacara pelupusan semasa. Langkah-langkah berikut perlu diambil dalam memastikan peralatan ICT JPA dilupuskan dengan teratur iaitu: a. pegawai aset ICT akan mengenal pasti sama ada peralatan tertentu boleh dilupuskan atau sebaliknya; b. peralatan yang hendak dilupuskan hendaklah disimpan di tempat yang telah dikhaskan; c. data dan maklumat dalam aset ICT yang akan dipindah milik atau dilupuskan hendaklah dihapuskan secara kekal; d. pelupusan peralatan ICT boleh dilakukan secara berpusat atau tidak berpusat mengikut tatacara pelupusan semasa yang berkuat kuasa; e. sekiranya maklumat perlu disimpan, maka pengguna boleh membuat salinan sandar; f. maklumat lanjut berhubung pelupusan boleh dirujuk kepada pekeliling perbendaharaan semasa yang berkuat kuasa; dan Pegawai Aset ICT, Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy