Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 64 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 K07/02/03 Media Tandatangan Digital Sebarang media yang digunakan untuk tandatangan digital hendaklah mematuhi langkah–langkah berikut: a. pengguna hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi perlindungan daripada kecurian, kehilangan, kerosakan, penyalahgunaan dan pengklonan; b. tidak boleh dipindah milik atau dipinjamkan; dan c. sebarang kehilangan yang berlaku hendaklah dilaporkan kepada pihak yang dipertanggungjawabkan. Pentadbir Sistem, Pengguna K07/02/04 Perisian Dan Aplikasi Sebarang perisian dan aplikasi yang digunakan hendaklah mematuhi langkah–langkah berikut: a. hanya perisian yang rasmi sahaja dibenarkan bagi kegunaan jabatan; b. lesen perisian perlu disimpan di tempat yang selamat dan dikawal capaiannya; c. kod sumber (source code) sesuatu sistem hendaklah disimpan dengan teratur dan sebarang pindaan mestilah mengikut prosedur yang ditetapkan; dan d. sistem aplikasi, perisian dan kod sumber tidak dibenarkan dikongsi, diagih, dibawa keluar atau Pengurus ICT, Pegawai Aset ICT, Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy