Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 63 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 k. semua peralatan yang digunakan secara berterusan mestilah diletakkan di kawasan yang berhawa dingin dan mempunyai pengudaraan (air ventilation) yang sesuai; l. peralatan ICT yang hendak dibawa keluar dari premis JPA, perlulah mendapat kelulusan Pegawai Aset ICT atau Penyelaras ICT Bahagian bagi tujuan pemantauan; dan m. aset ICT yang hilang hendaklah dilaporkan mengikut pekeliling perbendaharaan sedia ada. K07/02/02 Clear Desk dan Clear Screen Prosedur Clear Desk dan Clear Screen perlu dipatuhi supaya maklumat dalam apa jua bentuk media disimpan dengan teratur dan selamat bagi mengelakkan kerosakan, kecurian atau kehilangan. Perkara-perkara yang mesti dipatuhi termasuk yang berikut: a. menggunakan kemudahan password screen saver atau log out apabila meninggalkan komputer; b. menyimpan bahan-bahan sensitif di dalam laci atau kabinet fail yang berkunci; dan c. memastikan semua dokumen diambil segera daripada pencetak, pengimbas, mesin faksimili dan mesin fotostat. Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy