Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 62 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 di samping turut melakukan imbasan ke atas media storan yang digunakan; e. semua peralatan sokongan ICT hendaklah dilindungi daripada sebarang kecurian, kerosakan, pengubahsuaian tanpa kebenaran dan penyalahgunaan; f. aset ICT hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa di bawah kawalan pegawai yang bertanggungjawab. Arahan Keselamatan Kerajaan hendaklah sentiasa dipatuhi bagi mengelak berlakunya kerosakan atau kehilangan aset; g. sekiranya peralatan ICT tidak digunakan, peralatan tersebut hendaklah disimpan di dalam almari atau kabinet atau peti besi atau stor atau bilik khas yang berkunci untuk penyimpanan peralatan ICT; h. peralatan ICT yang kritikal perlu disokong oleh UPS; i. UPS yang berkuasa tinggi perlu diletakkan di bilik yang berasingan bersuhu rendah yang dilengkapi dengan pengudaraan yang sesuai; j. semua peralatan hendaklah disimpan atau diletakkan di tempat yang teratur, bersih dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Peralatan rangkaian seperti switch, router dan lain-lain perlu diletakkan di dalam bilik atau rak berkunci;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy