Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 59 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Kawalan 07: Keselamatan Fizikal dan Persekitaran Objektif Melindungi premis dan aset ICT daripada sebarang bentuk ancaman dan pencerobohan yang boleh mengakibatkan kerosakan, kehilangan dan gangguan perkhidmatan ICT. K07/01 Keselamatan Kawasan K07/01/01 Kawasan Larangan Lokasi ICT Kawasan larangan lokasi ICT bagi JPA ditakrifkan sebagai kawasan yang dihadkan kemasukan bagi warga JPA yang tertentu sahaja dengan tujuan melindungi aset ICT dalam premis tersebut. Kawasan larangan lokasi ICT JPA adalah Pusat Data JPA. Kawasan ini mestilah dilindungi daripada sebarang ancaman, kelemahan dan risiko seperti pencerobohan, kebakaran dan bencana alam. Kawalan keselamatan ke atas kawasan tersebut adalah seperti berikut: a. sumber data atau server, peralatan komunikasi dan storan perlu ditempatkan di pusat data yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi termasuk sistem pencegah kebakaran; b. akses adalah terhad kepada warga JPA yang telah diberi kuasa sahaja dan dipantau pada setiap masa; c. pemantauan persekitaran melalui Sistem CCTV atau peralatan-peralatan lain yang sesuai; Pentadbir Pusat Data

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy