Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 57 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Kawalan 06: Kawalan Kriptografi Objektif Melindungi kerahsiaan, integriti dan kesahihan maklumat yang merangkumi data dalam sistem rangkaian, sistem aplikasi dan pangkalan data. K06/01 Kriptografi Kunci enkripsi mestilah dilindungi dengan menggunakan cara kawalan yang terbaik dan hendaklah dirahsiakan. Semua kunci mestilah dilindungi daripada pengubahsuaian, pemusnahan dan sebaran tanpa kebenaran sepanjang kitaran hayat kunci tersebut. Kriptografi turut merangkumi kaedah-kaedah seperti berikut: a. Kesemua pelaksanaan sistem hendaklah menggunakan ID atau kata laluan dan dibuat enkripsi. b. Penggunaan PKI (Public Key Infrastructure) yang selamat yang dibekalkan oleh Kerajaan. Pentadbir Sistem, Pengguna K06/01/01 Enkripsi Kesemua pelaksanaan sistem hendaklah menggunakan ID dan kata laluan, dan dibuat enkripsi. Pentadbir Sistem, Pengguna K06/01/02 Public Key Infrastructure (PKI) Penggunaan PKI yang selamat yang dibekalkan oleh Kerajaan. Pentadbir Sistem, Pengguna

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy