Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 51 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 K05/04 Capaian Aplikasi dan Maklumat Bertujuan melindungi sistem maklumat dan aplikasi sedia ada daripada sebarang bentuk capaian yang tidak dibenarkan yang boleh menyebabkan kerosakan. Capaian sistem dan aplikasi di JPA adalah terhad kepada pengguna dan tujuan yang dibenarkan. Bagi memastikan kawalan capaian sistem dan aplikasi adalah kukuh, langkah-langkah berikut perlu dipatuhi: a. pengguna hanya boleh menggunakan sistem maklumat dan aplikasi yang dibenarkan mengikut tahap capaian dan sensitiviti maklumat yang telah ditentukan; b. setiap aktiviti capaian sistem maklumat dan aplikasi pengguna hendaklah direkodkan (log) bagi mengesan aktiviti-aktiviti yang tidak diingini; c. menyediakan paparan dasar privasi/notis penafian kepada pengguna ketika menggunakan aplikasi bagi melindungi maklumat daripada sebarang bentuk penyalahgunaan; d. memastikan kawalan sistem rangkaian adalah kukuh dan lengkap dengan ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan aktiviti atau capaian yang tidak sah; e. maklumat tarikh login terakhir hendaklah direkodkan; dan f. digalakkan session timeout dilaksanakan. Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy