Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 49 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 b. merekodkan capaian yang berjaya dan gagal; dan c. membolehkan pengesahan kata laluan dilaksanakan berdasarkan kriteria kata laluan yang kukuh. Kaedah-kaedah yang digunakan hendaklah mampu menyokong perkara-perkara berikut: a. mengesahkan pengguna yang dibenarkan selaras dengan peraturan jabatan; b. mewujudkan jejak audit ke atas semua capaian sistem pengoperasian terutama pengguna bertaraf super user; c. menjana amaran (alert) sekiranya berlaku pelanggaran ke atas peraturan keselamatan sistem; dan d. menyediakan tempoh penggunaan mengikut kesesuaian. Perkara-perkara yang perlu dipatuhi termasuk berikut: a. mengawal capaian ke atas sistem operasi menggunakan prosedur log on yang terjamin; b. mewujudkan satu pengenalan diri (ID) yang unik untuk setiap pengguna dan hanya digunakan oleh pengguna berkenaan sahaja dan satu teknik

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy