Polisi Keselamatan Siber JPA Versi 1.2

Versi: 1.2 Muka Surat: 48 dari 128 POLISI KESELAMATAN SIBER JPA Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Tarikh Akhir Kemaskini 14 Disember 2022 Setelah mencapai tahap maksimum, capaian kepada sistem akan disekat sehingga id capaian diaktifkan semula; j. kata laluan hendaklah disimpan dalam bentuk yang telah disulitkan (encrypted) dan selamat; k. penggunaan atribut Remember Me adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sekiranya akaun atau kata laluan disyaki telah dicerobohi, maka laporan kejadian hendaklah dilaporkan kepada pasukan CSIRTJPA dan tindakan menukar kata laluan perlu dilakukan; l. kata laluan hendaklah ditukar apabila disyaki berlakunya kebocoran atau dikompromi (compromised); dan m. sistem yang dibangunkan mestilah mempunyai kemudahan menukar kata laluan oleh pengguna. K05/03 Capaian Sistem Pengoperasian K05/03/01 Capaian Sistem Pengoperasian Kawalan capaian sistem pengoperasian perlu bagi mengelakkan sebarang capaian komputer yang tidak dibenarkan. Kemudahan keselamatan dalam sistem operasi perlu digunakan untuk menghalang capaian terhadap sistem komputer. Kemudahan ini juga perlu bagi: a. mengenal pasti identiti/ terminal/ lokasi bagi setiap pengguna yang dibenarkan; Pentadbir Sistem

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy